Khamis, 23 Mei 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU FARAH NASUHA. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA.
La ni belajar upload file. Fail apa saya nak upload ya? Oh..lagu Guru Malaysialah... https://docs.google.com/file/d/0B3UxyNRNH81cdDZ2c2tMWDY5c2s/edit
Hari ni hari kedua kami belajar membuat blog.
Saya tak tau apa nak merepek hari  ni. Apa2pun hari ni hari last sekolah...Esok kita semua dah mula bercuti.  Selamat bercuti ya kawan2.  Seronoknya.....Yeeehhaaaaaaaaa.....!!!!!

Rabu, 22 Mei 2013


Saya suka dengar nasyid ni.  Menenangkan dan mendamaikan jiwa.

 
Pada 16 Mei 2013, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah.    Walaupun demam, saya ke sekolah kerana ini kali pertama saya meraikan Hari Guru di sekolah baru.  Seronok juga sambutan di sekolah ini. Meriah dan banyak acara telah dijalankan.  Selepas tamat persekolahan semua guru ke Jamuan Hari Guru di The Zone.
                                           
Kat sekolah bersama Faizah & Maziana
                                       
Jamuan Hari Guru di The Zone

Bergambar di depan pintu gerbang


 

Fasilatator mengajar bagaimana menggerakkan perkataan.  Saya cuba menggerakkan gambar. Dan inilah hasilnya. Yeeehaaaa....
Inilah cinta hati saya dan suami...

Nur Balqis Syafiqah NurBalqis Syafinaz Muhammad Haziq Ziqri

Selalunya saya melihat suami saya mengupdate blog.  Hari ini saya terpaksa belajar buat blog di sekolah bersama kawan2 dalam LDP.  Seronok jugak...tp rasanya ntah2 ni jelah posting saya.  Almaklumlah mana ada masa nak mengupdate blog. Kat sekolah sebuk ngan hal sekolah, balik rumah sebuk ngan anak-anak2 dan suami pulak.
Nampaknya rakan2 saya begitu seronok belajar membuat blog. Kak Rafidah, Faizah, Maziana, Zurina & Juliana begitu asyik dengan blog masing2. Hasilnya semua ahli kumpulan kami berjaya menghasilkan blog masing2. Tahniah ye kawan2...

Saya, Maziana & Faizah

Peserta lain tekun mendengar arahan

Asyiknyer menghasilkan blog


kak Rafidah...buat betul2 ye...

Nasa, En. Jasman dan Shah sebuk dgan blog masing2


Geng  Ketua Bidang tekun mendengar